Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan terapung di Sungai Kelantan

Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan terapung di Sungai Kelantan

ANGGOTA APM membawa mayat seorang lelaki ke tebing selepas dijumpai terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, di sini hari ini.

Mayat mangsa berusia 50-an itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu, Sarjan Abdul Aziz Ariffin berkata, kejadian itu disedari oleh seorang remaja perempuan bersama bapanya memaklumkan mereka melihat orang hanyut.

“Saya yang ketika ini sedang bertugas di kawasan Tambatan Diraja bersama anggota terus bergegas ke arah sungai untuk membuat tinjauan sebelum mendapati ada mayat seorang lelaki.

“Selepas itu, saya terus menghidupkan enjin bot dan keluar bersama empat lagi anggota untuk mengangkat mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Abdul Aziz memberitahu, pemeriksaan mayat itu tidak tenggelam kerana mangsa memakai jaket tebal.

Katanya, keadaan itu sehingga menyebabkan dia terapung dan mayat mangsa kemudian telah dibawa naik ke darat seterusnya diserahkan kepada kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN