Maskum gerakan 1,000 warga universiti bantu mangsa bah di Kelantan

Maskum gerakan 1,000 warga universiti bantu mangsa bah di Kelantan

SEBAHAGIAN sukarelawan mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai Misi Skuad Ihsan Madani di Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (Maskum) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggerakan 1,000 warga universiti untuk membantu dan menyantuni mangsa bah di negeri ini menerusi Misi Skuad Ihsan Madani.

Pengerusinya, Profesor Dr. Norkhalid Salimin berkata, kesemua sukarelawan itu terdiri 12 universiti awam iaitu universiti terlibat ialah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

“Pusat pengajian lain yang terlibat ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Selain Kelantan, Maskum turut turun kepada Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang sedang terjejas dengan banjir ketika ini. Untuk makluman, jika banjir melanda fasa kedua nanti, Maskum akan turun padang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Norkhalid memberitahu, untuk misi di Kelantan Maskum turut membawa
lapan kaunselor daripada Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama) bagi membantu memulihkan semangat mangsa banjir.

Katanya, ia melibatkan lima jajahan yang terjejas iaitu Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang, Pasir Puteh , Bachok dan Tanah Merah.

“Selain itu, Maskum turut bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi tujuan berkenaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya