Mangsa dibaham buaya sempat jerit minta bantuan - Utusan Malaysia

Mangsa dibaham buaya sempat jerit minta bantuan

MAYAT mangsa dibaham buaya di Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Bilit, Kinabatangan hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN: Mangsa hilang dibaham buaya ditemukan tanpa sebelah tangan pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Bilit, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, mangsa dikenali sebagai Maznin Kahar,40, dilaporkan dibaham buaya selepas bot yang dinaiki bersama tiga rakan lain terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mayat mangsa ditemukan terapung oleh orang awam pada pukul 6 pagi tadi pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Mayat mangsa yang ditemukan tanpa tangan sebelah kiri telah diserahkan kepada pasukan PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat waris, mangsa bersama tiga rakan sekerja menaiki bot yang membawa muatan kayu belian ke tempat pemunggahan.

Namun, ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki terlanggar satu objek menyebabkan bot tersebut terbalik dan karam.

“Tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing. Mangsa hilang sempat meminta bantuan ketika diserang buaya namun, tidak berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan laporan yang diterima pada pukul 1.35 petang, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan PDRM dan orang kampung dengan menggunakan sebuah bot milik penduduk kampung.

Operasi SAR hari pertama ditangguhkan pada pukul 5.39 petang dan bersambung pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya