PUTRAJAYA: Malaysia dan Turkmenistan menegaskan bahawa cabaran antarabangsa harus ditangani secara damai termasuk berkenaan isu Palestin. Menerusi kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow menekankan inisiatif damai tersebut harus selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan. Pada masa sama, kedua-kedua pemimpin turut menyeru supaya akses bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin tidak dihalang. “Mereka menekankan kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk membawa keamanan dan kestabilan kepada rantau berkenaan,” katanya. Terdahulu, Berdimuhamedow diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya