ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) salur peruntukan RM1 juta bagi membantu mangsa banjir yang dijangka berlarutan hingga Mac 2025. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Hasrin Kamal Hashim berkata, sebanyak RM200,000 disalurkan kepada setiap pejabat daerah, manakala baki RM800,000 akan diberikan ketika dan pasca banjir. “Bantuan ini bertujuan untuk membantu semua pegawai daerah membuat persiapan awal di pusat pemindahan sementara (PPS), khususnya dalam menyediakan makanan dan minum. Peringkat awal sebelum ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil alih selepas pembukaan PPS. “Dengan bantuan ini, mudah-mudahan kita dapat menyalurkan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya