LZS optimis kutipan zakat lebih RM1.22 bilion

LZS optimis kutipan zakat lebih RM1.22 bilion

Kutipan zakat
AHMAD Fadhil Hassan beramah mesra bersama penerima bantuan zakat Selangor pada Majlis Pelancaran Kempen Sama-sama Kongsi dekat Ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13. di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) opitimis kutipan zakat mampu melebihi sasaran berjumlah RM1.22 bilion yang ditetapkan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Fadhil Hassan berkata, rekod terbaharu pihaknya mencatatkan kutipan sebanyak RM844 juta sehingga bulan lalu dan dijangka meningkat pada bulan ini melibatkan 40 peratus pembayar zakat.

“Kutipan RM1.22 bilion mampu dicapai berikutan trend pembayaran zakat kebiasaannya bertambah pada Disember yang dianggap bulan puncak tahun ini.

“Kita menyasarkan kutipan RM400 juta lagi bagi memastikan jumlah itu turut melebihi RM1.12 bilion pada tahun lalu,” katanya selepas melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi, hari ini.

Jelasnya, seramai 322,000 pengeluar zakat di Selangor sama ada individu dan syarikat korporat telah menunaikan kewajipan itu.

“Sepanjang tempoh 11 bulan pertama ini, LZS turut mengagihkan zakat berjumlah RM1 bilion. Justeru, kerjasama semua pembayar zakat amat diperlukan bagi memastikan pengagihan itu turut mencapai sasaran RM1.2 bilion,” ujarnya.

Tambah beliau, rekod pihaknya turut mendapati jumlah asnaf mencatatkan peningkatan kira-kira 13,000 orang sekali gus melebihi 73,000 individu ketika ini.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhil memberitahu, kesemua 18 cawangan pihaknya akan beroperasi tujuh hari seminggu termasuk cuti umum bagi memudahkan urusan kutipan zakat.

“Selain itu, Kempen Sama-Sama Kongsi menyediakan dua platform terbaru ‘Radiuz’ dan ‘Crowdzakat’ sekali gus menjadi institusi zakat pertama melaksanakan inisiatif berkenaan di negara ini.

“Dua platform itu merupakan program pemasaran inovatif yang mampu menjana pendapatan sampingan secara dalam talian dan pembayaran zakat secara lebih mudah dan telus,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya