Luruan hujan dijangka berkurangan minggu depan

Luruan hujan dijangka berkurangan minggu depan

Hujan
AHMAD Zahid Hamidi berucap pada perasmian Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Insiden banjir diharap semakin memulih minggu hadapan susulan luruan hujan lebat dijangka berkurangan bermula pada waktu itu di seluruh negara, khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jangkaan tersebut menerusi ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berdasarkan keadaan cuaca ketika ini.

“Air pasang besar di Laut China Selatan dan Selat Melaka dijangka berlaku pada minggu hadapan. Namun apabila luruan hujan berkurangan, kita harap situasi banjir semakin baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan mangsa bencana tersebut kini mencecah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga.

Malah, menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 7.30 pagi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, situasi ketika ini tidak memerlukan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara kerana keadaan masih lagi terkawal.

“Ketika ini, seramai 82,000 orang pegawai dan anggota telah dimobilisasikan di kesemua kawasan banjir.

“Malah saya telah meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan segera ganset di PPS supaya bekalan elektrik kembali ada di beberapa kawasan banjir dan PPS,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta penduduk di kawasan rendah supaya mengikut nasihat yang diberikan jawatankuasa bencana negeri sekiranya mereka diminta berpindah dari kediaman mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya