Lumpur tebal akibat hakisan tebing cemari Simpang Ibul Tunggal

Lumpur tebal akibat hakisan tebing cemari Simpang Ibul Tunggal

KAWASAN jalan raya dan hadapan kedai dicemari lumpur tebal akibat hakisan ketika hujan lebat di Simpang Ibul Tunggal, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 20 buah premis dan jalan raya di Simpang Ibul Tunggal, Pulau Tawar dekat sini dicemari dengan lumpur tebal berikutan hakisan tebing dari kawasan pembinaan berdekatan berikutan hujan lebat.

Hujan lebat yang bermula pukul 4 petang kelmarin hingga 6 pagi semalam menghanyutkan lumpur dari tebing berdekatan sehingga memenuhi persekitaran premis dan jalan raya di simpang tersebut menyebabkan laluan menjadi licin serta mengotorkan kenderaan.

Hujan lebat turut menyebabkan air anak Sungai Bangkong melimpah ke atas jalan raya sehingga penduduk Orang Asli terkandas untuk keluar bekerja di Felda Sungai Tekam dan kr bandar Jerantut.

Seorang pemilik stor makanan, Anuar Rahman, 61, berkata, dia tidak menyangka hujan lebat petang kelmarin menyebabkan kejadian banjir lumpur sehingga memenuhi ruang hadapan dan dalam kedainya yang menyimpan bungkusan bihun untuk dipasarkan.

“Saya bernasib baik kerana makanan ini (bihun) diletakkan di tempat tinggi dan tidak terkena lumpur tebal yang memenuhi lantai kedai ini.

“Apabila tiba di kedai pagi ini (semalam), saya terkejut melihat lumpur di merata-rata tempat,” katanya semalam.

Anuar berkata, kejadian itu berlaku apabila air deras dari kawasan pembinaan berdekatan menghakis tebing berdekatan kawasan perumahan lalu menghanyutkan banyak lumpur ke kawasan serta jalan kawasan Simpang Ibu Tunggal.

Dalam pada itu, seorang pendudukl, Zakaria Yazin, 56, berkata, kejadian itu juga berlaku ekoran tiada sistem perparitan atau longkang besar yang boleh memudahkan air mengalir di kawasan Simpang Ibul Tunggal ke anak sungai berdekatan.

“Air hujan yang mengalir dari kawasan tinggi, iaitu perumahan berdekatan terus masuk ke kawasan premis kerana tidak ada sistem perparitan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya