Lipis turut dilanda banjir, satu PPS dibuka - Utusan Malaysia

Lipis turut dilanda banjir, satu PPS dibuka

PASUKAN penyelamat membantu menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Jerangsang, Mukim Tanjung Besar di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan peningkatan apabila satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis berkata, seramai sembilan mangsa membabitkan tiga keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangsang, Benta yang dibuka pagi tadi.

“Hujan lebat yang turun menyebabkan berlaku kejadian banjir di Kampung Jerangsang, Mukim Tanjung Besar yang melibatkan tiga buah rumah dinaiki air akibat daripada kejadian tersebut.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Pihak Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK), penghulu serta agensi terlibat telah membuat pemantauan dan pemindahan mangsa ke PPS SK Jerangsang,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 450 mangsa dari 145 keluarga ditempatkan di 16 PPS di daerah Raub yang dibuka sejak malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya