Lima lelaki dipercayai terlibat kes gaduh ditahan - Utusan Malaysia

Lima lelaki dipercayai terlibat kes gaduh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dengan pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap beberapa individu di depan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 4.03 pagi.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara empat hingga lima lelaki sehingga seorang daripada mereka bertindak melibas tangan mangsa menggunakan sebilah pisau lipat.

“Akibat tindakan tersebut, seorang lelaki mengalami luka dan kesan kelar di bahagian lengan kiri manakala mangsa kedua cedera di bahagian muka belah kiri daripada kening hingga bibir.

“Mangsa ketiga pula luka di bahagian kepala dan menerima 10 jahitan. Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sulizmie, susulan itu, pihak polis telah menahan seramai lima warga tempatan berusia antara 22 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya dan lain-lain.

“Kesemua suspek akan dipohon reman pagi ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya