JEMPOL: Sebanyak lima kes tipu menyamar sebagai rakan melalui aplikasi WhatsApp melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM16,950 dilaporkan dalam tempoh kurang dua minggu di daerah ini sejak awal Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, manga melibatkan tiga orang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an,
Jelas beliau, modus operandi pelaku jenayah adalah dengan menggodam aplikasi WhatsApp kenalan mangsa.
“Mangsa dihubungi individu yang menyamar sebagai rakan di aplikasi WhatsApp yang menyatakan mahu meminjam wang dari mangsa dengan pelbagai alasan antaranya untuk tujuan perniagaan, telah diragut dan memerlukan wang untuk perbelanjaan, selain perlu membayar bil rawatan atau membeli barang keperluan.
“Selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun tersebut barulah mangsa mengetahui bahawa akaun WhatsApp rakannya telah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau menambah, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan-UTUSAN.