Lelaki Mesir tak mengaku belit leher, lambung anak - Utusan Malaysia

Lelaki Mesir tak mengaku belit leher, lambung anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil, minggu lalu.

Anak lelaki tertuduh berusia empat tahun dua bulan manakala anak perempuannya berumur setahun enam bulan.

Lelaki berusia 37 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada pukul 8.30 pagi, 17 Disember lalu di bilik sewanya di Jalan Maarof Bangsar, Brickfields di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 20 Januari ini untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya