Lelaki menyamar pegawai risik tentera ditahan

Lelaki menyamar pegawai risik tentera ditahan

SEBAHAGIAN barangan milik suspek yang dirampas oleh PGA selepas menahannya di Pekan Rantau Panjang, Kelantan, pada Ahad-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai risik tentera terbongkar selepas ditahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan Pekan Rantau Panjang di sini pada Ahad.

Tangkapan pukul 1.30 petang menerusi Op Taring Wawasan itu membawa kepada rampasan dua pucuk pistol tiruan, dua plastik peluru, 502 bijil pil epam, lapan biji pil kuda, barang berkaitan tentera seperti pangkat, baju T serta 617 unit lambang.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa ditangkap suspek berusia 24 tahun itu mengaku sebagai pegawai risik tentera.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek hanya menyamar dan perbuatan mengakui sebagai pegawai risik tentera dilakukan dalam kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

“Terdahulu, kita tahan suspek semasa menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai sepucuk pistol tiruan jenis Glock bersama kelopak dan satu plastik peluru airsoft.

“Selain itu, turut ditemukan 268 biji pil epam di dalam beg milik suspek dan barang berkaitan tentera seperti apulet pangkat, baju T dan 617 logo pasukan keselamatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, susulan penahanan suspek PGA telah melakukan serbuan di Kampung Kok Batu di sini dan telah menjumpai sepucuk lagi pistol tiruan jenis Glock bersama satu plastik peluru airsoft.

Katanya, 234 biji pil epam, lapan biji pil kuda dan pangkat tentera turut dirampas dalam serbuan tersebut.

“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Anggaran keseluruhan rampasan bernilau RM6,580,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya