Lelaki maut selepas kereta dipandu jatuh cerun bukit - Utusan Malaysia

Lelaki maut selepas kereta dipandu jatuh cerun bukit

SEORANG lelaki terbunuh manakala ibunya cedera parah selepas kereta yang dinaiki terjatuh dari cerun bukit berketinggian 15 meter dalam kejadian kemalangan di Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini.-GAMBAR/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh dari cerun bukit berketinggian 15 meter selepas hilang kawalan dalam kejadian kemalangan di Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku lebih kurang pukul 9 pagi tadi melibatkan sebuah kereta Proton Iriz yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 36 tahun.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan bersama seorang penumpang wanita berusia 60 tahun yang dipercayai ibunya dari arah Nusari Aman menuju ke Rasah Jaya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian dipercayai pemandu kereta telah gagal mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya melanggar pagar besi di bahu jalan cerun bukit yang berketinggian lebih kurang 10 hingga 15 meter sebelum terjatuh kereta terbalik ke kawasan taman perumahan Taman Nusari Bayu 1.

“Akibat kemalangan, pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang belakang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa seterusnya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspktor Nor Fadzilah Mohd. Zainuddin di nombor 019-4611794 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” kata Mohama Hatta lagi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya