Lelaki cuba lari pemeriksaan polis miliki dadah - Utusan Malaysia

Lelaki cuba lari pemeriksaan polis miliki dadah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memecut laju kereta dipandunya ditahan di Jalan Persiaran Pinggiran Putra Seri Kembangan dekat sini semalam.

Dalam kejadian 1 petang itu, suspek berusia 41 tahun enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan pasukan polis yang melaksanakan tugas ronda jenayah.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, anggota berkenaan terserempak kereta Honda City dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampirinya.

Katanya, selepas memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis, suspek tiba-tiba melarikan diri dengan memecut keretanya menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

“Selepas diekori, lelaki berkenaan ditahan dan pemeriksaan padanya menemukan satu paket plastik lutsinar disyaki syabu.

“Semakan mendapati suspek memiliki 18 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anbalagan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya