Lebih enam bulan diburu, sang bedal 400kg Kampung

Lebih enam bulan diburu, sang bedal 400kg Kampung Tengah akhirnya tewas

BUAYA tembaga yang ditangkap berhampiran Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Kampung Tengah, Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Setelah lebih enam bulan diburu, akhirnya seekor buaya tembaga dianggarkan seberat 400 kilogram (kg) berjaya ditangkap menggunakan tali jerut berhampiran Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Kampung Tengah, Klebang di sini, malam tadi.

Buaya sepanjang tiga meter itu dijerut oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira pukul 10 malam.

Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, sang bedal itu dikesan berada di kawasan berkenaan pada pukul 5 petang oleh 12 anggota Perhilitan termasuk dari Perak dan Selangor yang turut membantu menangkap reptilia itu sejak 13 Disember lalu.

“Tiga kali usaha untuk menjerut mulut buaya itu menemui kegagalan, namun sang bedal itu tidak keluar dari empangan untuk melarikan diri menghala ke hulu Sungai Malim.

“Anggota kami pasang jerut buat kali keempat kira-kira pukul 8 malam dan akhirnya sang bedal berjaya dijerut badannya pada pukul 10 malam.

“Hampir dua jam anggota Perhilitan bertungkus lumus untuk menarik haiwan ini ke sebuah longkang berdekatan sebelum berjaya dibawa naik ke darat untuk diikat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Setakat ini, empat ekor buaya tembaga berjaya ditangkap sejak Mei lalu iaitu dua di Kampung Tengah dan dua di Sungai Malim berhampiran Taman Malim Jaya.

Sementara itu, ratusan orang ramai termasuk penduduk Kampung Tengah membanjiri kawasan tersebut bagi menyaksikan peristiwa berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh satu kilometer.

Tambah Petra, buaya yang baharu ditangkap itu dipercayai adalah sang bedal yang diburu sejak Mei lalu kerana membaham tiga ekor kambing milik penternak.

“Haiwan itu telah dihantar ke kawasan konservasi di lokasi sementara malam tadi untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya