Lebih 500,000 suri rumah carum SKSSR Perkeso

Lebih 500,000 suri rumah carum SKSSR Perkeso

Kasthuri Pattopada ketika dalam sidang media Pengumuman Pencapaian Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO di Wisma Perkeso semalam. - UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 512,518 wanita telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekali gus berjaya mencapai sasaran 100 peratus pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­selamatan Sosial Suri Rumah Perkeso, Kasthuri Patto berkata, jumlah itu membaabitkan nilai keseluruhan caruman sebanyak RM61.5 juta.

Kata beliau, semua wanita di negara ini sama ada berstatus bujang, bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal, ibu tinggal malah wanita bekerja yang menjalankan tanggungjawab hakiki boleh mencarum dengan RM120 setahun.

“SKSSR turut melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran. Faedah perlindungan bencana domestik termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis serta pencen penakat.

“Selain itu, SKSSR ini turut melindungi wanita yang ditimpa kemalangan atau kecederaan lain ketika sedang bercuti dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Dalam pada itu, Kasthuri berkata, walaupun lebih setengah juta suri rumah bagi SKSSR mendaftar dibawah skim itu, namun ia hanya meliputi 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Beliau berkata, masih ada lebih 2.6 juta suri rumah yang belum lagi mendaftar untuk perlindungan ini.

“Daripada jumlah suri rumah yang mendaftar sebagai pencarum SKSSR, sehingga bu­lan November lalu, Perkeso meluluskan sebanyak 2,019 kes tuntutan dengan faedah ber­nilai RM3.9 juta.

“Ini membuktikan keberkesanan skim ini dalam menjaga kebajikan suri rumah sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan sosial mereka,” katanya.

Sementara itu, Kasthuri ber­kata, Selangor menjadi negeri tertinggi pendaftaran pencarum sukarela iaitu 13,546, diikuti Johor (6,847) dan Perak (4,853).

“Bagi inisiatif kerajaan pula, Sabah paling tinggi dengan 88,034, diikuti Sarawak (87,775) dan Kelantan (67,755),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya