JAKARTA: Lebih 100 orang cedera akibat tumpahan cecair kimia, natrium hidroksida (NaOH) di Jalan Purwatkarta-Padalarang, di Bandung Barat, Indonesia. Cecair kimia itu tertumpah dari lori tangki dan terpercik ke atas jalan, melanggar deretan kenderaan lalu menyebabkan kemalangan. Menurut laporan Detiknews, kebanyakan mangsa mengadu sakit mata, gatal dan panas kulit, selain sebahagian penunggang motosikal turut melecur. Ketua Polis Daerah Cimahi, Tri Suhartanto berkata, seramai 100 mangsa dilaporkan menjadi mangsa tumpahan kimia itu, dengan empat daripadanya dirawat di hospital. “Terdapat lebih 100 mangsa terjejas akibat kebocoran cecair B3 yang direkodkan setakat ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya