KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan merupakan antara agenda yang dijangka mengisi perjalanan Sidang Dewan Rakyat hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul bertarikh 9 Disember yang disiarkan dalam laman web Parlimen, laporan RCI itu dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Memetik aturan itu, kerajaan memandang serius isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya dan hakikatnya apabila Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya