KPM fokus pemulihan semula moral calon SPM terjejas banjir

KPM fokus pemulihan semula moral calon SPM terjejas banjir

FADHLINA Sidek (tengah) semasa turun padang meninjau perkembangan terkini peperiksaan ujian lisan Bahasa Melayu melibatkan calon terjejas banjir di Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan fokus kepada pemulihan semula moral semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu selepas KPM bersama agensi penyelamat berjaya memindahkan dan menempatkan mereka di asrama sekali gus membolehkan pelajar terbabit menduduki peperiksaan awam itu.

“Pada masa sama, kita sudah menyediakan kaunselor untuk memberikan sokongan psikososial bagi memastikan mereka bersedia menduduki SPM.

“Alhamdulillah, semalam semua pelajar terkesan dengan banjir selamat dipindahkan. Terima kasih kepada semua agensi penyelamat seperti polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan sebagainya yang membantu melancarkan tugas tersebut,” kepada calon yang terjejas,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Fadhlina memberitahu, ujian lisan hari ini berjalan lancar dengan baik dan beliau berharap calon dapat memberikan yang terbaik.

Katanya, KPM turut berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan diperingkat bawah terutama PPD Pasir Mas apabila ia berjalan lancar.

“Semua 37 pusat di seluruh Kelantan berjalan seperti biasa. Untuk makluman, asrama yang menjadi penempatan mereka sudah dilengkapkan kemudahan fasaliti terbaik termasuk akses internet dan komputer.

“Calon yang tidak mempunyai buku, peralatan persekolah kita sediakan. Makanan yang secukupnya telah dibekalkan bagi memastikan semua calon-calon ini berada dalam keadaan selamat dan ini termasuk Terengganu, Kedah dan mana-mana negeri terjejas dengan banjir,” ujarnya.

Fadlina berkata, calon-calon yang tidak dapat pulang ke negeri masing-masing akibat terkandas turut dibenarkan untuk mengambil peperiksaan di mana-mana pusat berhampiran mereka.

Katanya, KPM sudah membuat penilaian berhubung perkara tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya