Kerajaan Negeri Sembilan kekal tidak anjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri Sembilan kekal tidak anjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu

AMINUDDIN Harun menyerahkan bantuan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir Daerah Kuala Pilah di Dewan Besar Dangi, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk kekal tidak mengadakan sebarang acara khusus bagi sambutan Ambang Tahun Baharu seperti tahun sebelum ini

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, langkah itu adalah disebabkan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini termasuk di negeri ini selain solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin sejak tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak swasta yang mahu menganjurkan sambutan termasuk bagi menarik kehadiran pelancong.

“Kita tidak ada perancangan untuk mengadakan sambutan tetapi terpulang kepada NGO atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka terpaksa adakan untuk menarik kehadiran pelancong ataupun tetamu mereka.

“Jadi, mereka buat sedikit sambutan bunga api, sambutan yang sederhana. Kita insya-Allah secara biasa masing-masing di masjid, di surau, di tempat-tempat ibadah masing-masing. Itu perkara biasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir Daerah Kuala Pilah di Dewan Besar Dangi, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 106 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir baru-baru ini menerima bantuan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian.

Menurut Aminuddin lagi, kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 KIR negeri ini yang terjejas banjir sekali gus mereka akan menerima keseluruhan sebanyak RM2,000 termasuk RM1,000 yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan melalui bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya