Kerajaan kaji wujudkan akta plastik bersifat menyeluruh - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji wujudkan akta plastik bersifat menyeluruh

Nik Nazmi Nik Ahmad IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini giat meneliti keperluan mewujudkan akta berkaitan plastik yang bersifat lebih menyeluruh menerusi kajian kebolehlaksanaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kajian ini penting kerana dasar plastik negara yang sedia ada tidak seragam.

“Kadang kala, di peringkat Persekutuan, dasar kerangka (plastik) sudah menyeluruh, tetapi apabila tiba di peringkat pelaksanaan oleh Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Negeri, tiada pendekatan yang seragam.

“Oleh itu, dalam RMK akan datang, kita akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menggubal sebuah akta plastik yang bersifat menyeluruh,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Terdahulu, Senator Michael Mujah Lihan dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan komitmen kerajaan untuk mengkaji dasar sedia ada bagi memastikan Malaysia tidak terus menjadi lokasi lambakan sisa plastik dari negara-negara maju.

Nik Nazmi dalam masa yang sama turut berkata, pihaknya sedang memperketatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berikutan kementerian itu memainkan peranan penting dalam pengurusan kitar semula sisa plastik.

“Di bawah fasa kedua, kita ingin memperhalusi proses memperketatkan peraturan dan kemungkinan untuk melihat isu plastik secara menyeluruh, bukan hanya mengenai import plastik ke negara kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya