Kerajaan hargai usaha syarikat swasta, individu, pempengaruh bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Kerajaan hargai usaha syarikat swasta, individu, pempengaruh bantu mangsa banjir

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir pada Program Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Prihatin, Skuad Ihsan Madani dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kerajaan menghargai usaha semua pihak termasuk syarikat swasta, orang perseorangan dan pempengaruh media sosial yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, di pihak kerajaan persiapan awal dan bantuan telah disediakan bagi menghadapi bencana itu namun kehadiran bantuan pihak lain tersebut juga sesuatu yang diperlukan.

“Kerajaan sangat menghargai individu-individu dan kumpulan yang mempunyai inisiatif sebegini. Saya juga ambil kesempatan untuk berterima kasih kepada mereka yang turun padang tanpa ada sebarang gesaan.  

“Dalam semangat kita membangunkan Malaysia Madani dengan prinsip ihsan sudah pastilah kita mahu galakkan mana-mana kumpulan yang merasakan perlu untuk membantu negara mereka.

“Soal banjir ini bukan hanya kerajaan sahaja tetapi semua pihak dan kita mahu menyemai semangat ihsan dan kasih sayang ini. Atas prinsip itulah kita harap ramai akan dapat bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Prihatin, Skuad Ihsan Madani dengan kerjasama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Pejabat Perdana Menteri di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, di sini, hari ini.

Pada program berkenaan seramai 250 penduduk yang terjejas banjir di kawasan itu baru-baru ini menerima bantuan berupa makanan keperluan harian serta peralatan pembersihan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya