Keluarga yakin anggota komando hilang akan ditemui

Keluarga yakin anggota komando hilang akan ditemui

Ahmad Tarmizi Safar (dua kiri) berbual dengan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohamed Taufik Johari dan penduduk kampung semasa diziarahi di rumahnya di Kampung Padang Limau, Kota Kuala Muda di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Ahli keluarga kepada anggota komando yang hilang masih menyimpan harapan agar anak mereka, Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tarmizi, 24, akan ditemui selamat dalam masa terdekat.

Bapanya, Ahmad Tarmizi, 54, berkata, dia dan isterinya, Zuraida Abu Bakar tetap sabar menanti perkembangan terbaharu usaha pencarian yang masih diteruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun sudah memasuki hari ke-14 kehilangan anak sulung mereka itu.

“Setiap hari saya dihubungi pihak ATM bagi memaklumkan perkembangan pencarian itu dan saya masih menaruh harapan tinggi yang dia akan ditemui segera.

“Terbaharu pagi tadi (semalam) ATM memaklumkan seramai enam penyelam digerakkan ke lokasi untuk melakukan pencarian bersama anggota lain dalam radius yang ditetapkan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Padang Limau, Kota Kuala Muda semalam.

Menurut Ahmad Tarmizi, dia bersyukur kerana usaha dan kesungguhan ATM melakukan tugasan mencari dan menyelamat tanpa henti sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang pada 30 November lalu.

“Hanya ucapan terima kasih yang dapat dizahirkan kepada ATM atas kesungguhan dan jaminan mereka meneruskan misi sehingga anak saya ditemui membuatkan saya sekeluarga tidak sedikit pun sangsi atau putus harapan anak kami akan ditemui jua.

“Usaha pihak ATM telah dilakukan dan selebihnya kami sekeluarga menyerahkan kepada Allah atas segala keputusan yang ditetapkannya dalam kes kehilangan anak kami ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya