Kelantan Red Warriors mahu ganti TRW

Kelantan Red Warriors mahu ganti TRW

NIK Hafiz Naim Nik Hasaan (kiri) bersama Affandi Hamzah menunjukkan logo yang akan digunakan oleh KRW dalam saingan Liga M musim depan-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) sedia menggantikan The Red Warriors (TRW) yang telah ‘hilang’ dari radar Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai saingan Liga A1 Semi-Pro musim hadapan.

Presidennya Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, bagi merealisasikan impian itu KRW yang mendapat sokongan penuh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sehingga RM2 juta dalam mengharungi saingan tersebut.

Menurutnya, jumlah tersebut dianggap releven kerana pasukan itu memasang impian untuk membawa masuk pemain berstatus bintang dalam memperkasakan lagi KRW.

“KRW kini dalam proses membuat permohonan dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyertai Liga A1 Semi-Pro dan menjadi satu lagi pasukan yang mewakili Kelantan dalam siangan itu Kelanan Wan Tendong Stable FC (Kelantan WTS FC).

“KRW baru berusia tujuh hari dan untuk Disember, kita tumpu kepada pelancaran kelab terlebih dahulu. Pada Januari atau Februari tahun hadapan baru kita akan bergerak sepenuhnya untuk persediaan bersaing di Liga A1 Semi-Pro,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Usahasama dan Pelancaran KRW yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Afandi Hamzah, di sini hari ini.

Nik Hafiz Naim memberitahu, pembentukan KRW ditunjangi oleh pelabur-pelabur yang pernah membiayai Kelantan FC atau TRW sebelum ini.

“Pelabur-pelabur TRW sebelum ini adalah seramai 116 orang dan majoritinya akan bersama KRW. Selain itu banyak lagi syarikat yang secara dasarnya bersetuju untuk bersama tetapi belum dapat diumumkan kerana belum menandatangai apa-apa perjanjian atau persefahaman.

“Insya Allah kesemua pelabur mempunyai sumber kewangan yang baik untuk membawa KRW meneruskan perjuangan dalam Liga M,” ujarnya.

Nik Hafiz Naim berkata, bagi membangkitkan lagi semangat KRW akan menggunakan logo semasa Kelantan merangkul tiga piala satu masa dulu.

Sementara itu, Afandi memaklumkan KAFA memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya kepada KRW dan akan terus bersama-sama kelab itu bagi memastikan hasrat mengembalikan kegemilangan Kelantan dalam arena bola sepak tempatan dapat direalisasikan.

“Apa yang kita mulakan hari ini adalah satu pendekatan baharu dan usahasama ini akan berlarutan sehingga KRW dapat mengambalikan kegemilangan bola sepak Kelantan. Bersama-sama kita akan mencapai matlamat itu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya