Kelantan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi pulihkan hakisan tebing Sungai Kelantan

Kelantan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi pulihkan hakisan tebing Sungai Kelantan

KERAJAAN Kelantan mengisytiharkan kawasan laluan pejalan kaki di belakang Pelangi Mall, Kota Bharu, Kelantan sebagai sebagai lokasi bencana.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dalam usaha pemulihan hakisan tebing Sungai Kelantan di belakang kondominium Pelangi Mall kerana melibatkan kos yang besar.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai lokasi bencana.

“Saya telah melawat lokasi kejadian dan kita perlu isytihar lokasi tersebut sebagai kawasan bencana.

“Apabila pengisytiharan itu dibuat, mahu atau tidak, kita perlu laksanakan langkah pemulihan. Jika tiada peruntukan, kita perlu usaha untuk menyediakannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri turut mengambil maklum kepentingan tindakan segera diambil seperti disuarakan oleh pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kondominium Pelangi Mall.

Katanya, kerajaan negeri perlu memastikan tahap keselamatan terjamin terutamanya melibatkan beberapa bangunan besar di kawasan tersebut termasuk Pelangi Mall, blok-blok kedai dan Hotel Grand Riverview.

“Kita juga perlu memastikan pembinaan rumah-rumah rakit di kawasan tersebut mendapat kebenaran. Ada laporan yang mengatakan terdapat rumah rakit di kawasan itu dibina tanpa kebenaran. 

“Saya juga dimaklumkan pembinaan rumah-rumah rakit itu menjadi antara faktor penyumbang yang boleh menyebabkan kejadian  tanah runtuh berulang,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya