Kelantan jadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh

Kelantan jadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh

KAMARUDIN Md. Nor (dua dari kiri) ketika menyempurnakan Pelancaran MYES di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menjadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, sebagai permulaan program tersebut akan dilangsungkan selama dua hari di Mini Stadium Pasir Mas dekat sini bermula 10 hingga 11 Januari depan.

Menurutnya, putu halba dan ubi tonyoh yang hanya boleh ditemui di musim tengkujuh akan diketengahkan pada program tersebut.

“Jadi pengunjung akan menemui pelbagai makanan berasaskan ubi pada pesta itu dengan putu halba yang hanya dijual pada musim tengkujuh mungkin menjadi produk paling menonjol.

“Penganjuran pesta itu merupakan sebahagian daripada perancangan untuk menggalakkan aktiviti pelancongan pada musim tengkujuh yang sekali gus dapat memastikan aktiviti ekonomi terus di rancakkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Malaysia Year End Sale (MYES) di sini malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas itu memberitahu, sebelum ini setiap kali tiba musim tengkujuh secara automatik penduduk akan mengurangkan aktiviti dan pihaknya berhasrat mengubah perkara tersebut.

“Kenapa mesti berkurangan sedangkan ia sebenarnya mampu terus bergerak aktif walaupun dalam cuaca hujan. Kita mesti berfikir di luar kotak sepertimana Terengganu menjadikan mandi hujan sebagai produk pelancongan mereka. 

“Ia mungkin biasa bagi penduduk setempat tetapi pelancong dari Timur Tengah sanggup membayar untuk merasai pengalaman itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya