Jumlah mangsa banjir Melaka menurun 167 orang

Jumlah mangsa banjir Melaka menurun 167 orang

PPS SK Krubong, Melaka ditutup pada pukul 2.30 petang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka merekodkan seramai 167 mangsa banjir yang berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Jasin, setakat pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, jumlah itu menunjukkan trend penurunan berbanding tempoh sama semalam dengan 238 mangsa berlindung di empat PPS.

Jelasnya, tiga PPS yang masih beroperasi adalah Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat di Jasin.

“PPS yang ditutup hari ini pada pukul 2.30 petang tadi adalah SK Krubong iaitu satu-satunya PPS di daerah Melaka Tengah. Setakat ini mangsa paling ramai ditempatkan di SK Parit Penghulu dengan 95 mangsa.

“Kemudian diikuti dengan SK Seri Mendapat dengan 66 mangsa dan Japerun Durian Tunggal (enam mangsa),” katanya.

Tambah Kamarulsyah, setakat ini sebanyak 33 kawasan di ketiga-tiga daerah masih terjejas berikutan banjir kilat yang melanda minggu lalu.

Jelasnya, Alor Gajah mencatatkan paling banyak kawasan terjejas dengan 18 lokasi masih dilanda bah iaitu Brisu, Kampung Paya Lebar, Sungai Siput, Bukit Balai, Kampung Beringin, Bukit Tambun dan Kampung Gadek.

“Turut terjejas adalah Kampung Padang Kambing, Kemuning, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Belimbing Dalam, Jalan Keretapi Lama Kampung Pengkalan, Kampung Lubuk Redan, Kampung Pulau, Seri Jeram, Kampung Londang, Pekan Lubok China dan Kampung Ayer Molek Kuala Sungai Baru.

“Di Jasin kawasan-kawasan terlibat adalah Janda Berhias, Lanchang, Semujuk, Kampung Kilang Berapi, Kampung Paya Lengkong, Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Nyalas, Kampung Parit Putat Benteng, Kampung Parit Perawas, Kampung Batu Gajah Pasir, Kampung Tasek dan Kampung Seri Mendapat.

“Dalam pada itu, hanya tiga kawasan di Melaka Tengah masih dinaiki air iaitu Kampung Paya Ikan, Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya