JPS mulakan kerja menahan runtuhan tebing Sungai Kelantan

JPS mulakan kerja menahan runtuhan tebing Sungai Kelantan

DR. Hafidzah Mustakim (dua kanan) semasa turun padang ke lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran Pelangi Mall, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMATUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sudah memulakan kerja-kerja segera bagi menahan runtuhan tebing Sungai Kelantan di belakang kondominium Pelangi Mall, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, langkah itu bertujuan menggelakan hakisan menjadi lebih teruk sekali gus memberikan kesan tidak baik kepada kawasan sekitar.

“Alhamdulillah, Pengarah JPS Dr. Siti Fairus Zakaria telah memaklumkan kepada saya berkaitan perkembangan terkini di lokasi runtuhan tebing tersebut.

“Kerja-kerja ini akan dilakukan mengikut tatakelola Pelaksanaan Kerja Darurat. Saya berpuas hati dengan perbincangan ringkas bersama Dr. Fairus tadi dan yakin pihak JPS akan melaksanakan semua tindakan diperlukan bermula hari ini juga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Hafidzah menerima petisyen daripada penghuni Pelangi Mall yang menggesa tindakan segera daripada kerajaan berkaitan runtuhan tebing Sungai Kelantan yang disampaikan oleh Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pelangi Mall, Foo Chek Yee.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya