Johor selesai tujuh projek perumahan 'sakit'

Johor selesai tujuh projek perumahan ‘sakit’

MOHD JAFNI MD SHUKOR menyampaikan replika kunci kepada sebahagian pemilik RMMJ di Taman Puterimas Kluang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kerajaan negeri Johor menyelesaikan tujuh projek perumahan dikategorikan `projek sakit’ dan terbengkalai dengan anggaran nilai hartanah kira-kira RM700 juta, sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek perumahan itu membabitkan lebih kurang 3,000 pemilik.

Katanya, antara projek perumahan yang dikategorikan sakit sebelum ini adalah Residensi Larkin, Taman Sri Saujana Kota Tinggi, Taman Sri Molek Perdana Plentong dan Taman Impian Jaya Senai.

“Kita akan membantu menyelesaikan projek sakit ini sekiranya dia (pemaju) memang berniat nak selesaikan dan datang pada kerajaan,tetapi kalau pemaju ini tiada intention (niat) untuk selesaikan, kita di peringkat kerajaan negeri tidak boleh buat apa.

“Perjanjian pembinaan (perumahan) adalah antara pemaju, kontraktor dan pembeli serta bank, sebenarnya kerajaan negeri tidak terlibat tetapi kita alu-alukan jika mereka perlukan bantuan daripada kita (kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Taman Puterimas Fasa 2 di sini, hari ini.

Menurut Mohd Jafni lagi, kerajaan negeri juga dalam usaha menyelesaikan tiga lagi projek perumahan sakit yang dijangka diselesaikan tahun hadapan.

Mengenai Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 unit berjaya diserahkan kunci kepada pemilik sehingga tahun 2026.

“Sehingga kini sebanyak 13,000 unit rumah telah berjaya diserahkan kunci RMMJ kepada pemilik dan bakinya sebanyak 17,000 unit kita akan cuba serahkan mengikut jadual ditetapkan.

Kluang adalah daerah kedua tertinggi yang menerima inisiatif RMMJ sebanyak 4,400 unit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya