KOTA BHARU: Pengurusan JMB Pelangi Mall menggesa tindakan segera diambil berhubung kejadian hakisan tebing Sungai Kelantan yang menyebabkan laluan pejalan kaki di belakang kondominium tersebut runtuh, kelmarin. Pengerusinya, Foo Chek Yee berkata, ia penting bagi menyelamatkan nyawa penduduk sekitar dan penghuni kondominium tersebut. Katanya, beliau mengetaui tentang kejadian itu selepas mendapat makluman daripada Pengerusi Bangunan Pelangi Mall melalui aplikasi WhatsApp sebaik sahaja ia berlaku, iaitu pada sekitar pukul 12.30 tengah hari kelmarin. “Ramai penghuni menyampaikan aduan melalui aplikasi WhatsApp, khidmat pesanan mesej ringkas dan panggilan telefon. “Ramai berasa was-was, tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya