JKDM Negeri Sembilan tumpaskan sindiket penyeludupan tembakau - Utusan Malaysia

JKDM Negeri Sembilan tumpaskan sindiket penyeludupan tembakau

MUHAMMAD Ilyas Queek Abdullah (tengah) menunjukkan serbuk tembakau yang dirampas JKDM Negeri Sembilan pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan tembakau pada bulan lalu melibatkan nilai sitaan termasuk cukai berjumlah lebih setengah juta.

Pengarahnya, Muhammad Ilyas Queek Abdullah berkata, berdasarkan hasil risikan diterima, lebih kurang pukul 1 petang pada 20 November lalu, sepasukan anggota dari Unit Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan telah menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor.

“Setelah dibuka pintu kontena, pasukan menemui sejumlah 85 kotak makanan ringan dan lima peti minuman ringan pelbagai jenama yang disusun di bahagian hadapan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian telah menjumpai sejumlah 716 kotak dengan seberat 3,580 kilogram serbuk tembakau yang disusun di bahagian dalam kontena dan dianggarkan nilai RM361,962.25 dengan melibatkan duti cukai berjumlah RM252,905.97.

“Secara keseluruhannya, jumlah nilai sitaan termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM614,868.22,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Bahagian Pematuhan, Pejabat Kastam Seremban 2 di sini, hari ini.

Tambah beliau, seorang orang yang disyaki (OYDS) berusia 30-an yang merupakan pekerja syarikat perkapalan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan modus operandi katanya, sindiket membuat pengikraran tidak benar terhadap dagangan yang memerlukan permit import dan dipercayai serbuk tembakau terbabit untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya kegiatan ini melibatkan individu lain dan kes ini sedang disiasat dimana jika sabit kesalahan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Tembakau adalah barangan larangan dimana pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 66 Bahagian I Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Berikutan itu, kesemua barang kes bersama kontena telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut dan ini merupakan kes pertama JKDM Negeri Sembilan berjaya tumpaskan melibatkan tembakau,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya