Jenazah lelaki seberat 420 kg selamat dikebumikan

Jenazah lelaki seberat 420 kg selamat dikebumikan

ANGGOTA JBPM Kelantan bersama penduduk kampung menurunkan jenazah ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan membantu menurunkan jenazah seorang lelaki seberat 420 kilogram (kg) yang meninggal dunia akibat lelah ke liang lahad.

Jenazah Sheikh Mohd. Ali Omar, 44, selamat disemadikan kira-kira pukul 10.40 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor di sini selepas diusung oleh seramai hampir 20 orang termasuk anggota JBPM Kelantan, ahli keluarga dan penduduk kampung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd. Wildan Azhari berkata, jenazah lelaki itu dibawa dari rumahnya di Kampung Pasir Hor ke tanah perkuburan dengan menaiki lori lima tan.

Menurutnya, urusan pengebumian jenazah itu turut dibantu oleh penghulu, imam dan penduduk kampung.

“Jengkaut juga disediakan sebagai persediaan sekiranya tidak dapat membawa jenazah ke liang lahad.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian jenazah itu selesai dalam tempoh 40 minit meskipun berdepan cabaran untuk menurunkan jenazah,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, JBPM Kelantan akan membantu menguruskan pengebumian jenazah seorang lelaki seberat 420 kilogram (kg) di rumahnya di Pasir Hor, malam ini.

Arwah Sheikh Mohd. yang merupakan seorang peniaga buah-buahan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari akibat lelah atau asma selepas beberapa hari tersekat di dalam bilik air di rumahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya