KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan perlu bijak memanfaatkan pameran yang mengetengahkan pertukaran budaya bersejarah sebagai proses mengenali dan memahami warisan Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara (DBP).
“Penting untuk menyelami sejarah penceritaan di rantau ini terutama berkaitan penyebaran Islam yang menyumbang kepada pembentukan warisan Melayu-Islam yang dinamik termasuk kebudayaan dan keseniannya.
“Ini adalah pameran yang unik dan akan sentiasa diingati, bukan selalu anda mengadakan pameran sebegini dengan standard seperti ini di rantau ini,” katanya ketika melancarkan Pameran Samudera Berbicara:Pembentukan Dunia Melayu Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), di sini semalam.
Menerusi pameran itu, masyarakat dapat menelusuri bagaimana Kepulauan Melayu tampil sebagai hab perdagangan maritim dan pertukaran intelektual global yang mendorong pengembangan agama Islam sekali gus membentuk legasi warisan budaya serta artistik yang dinamik.
Dalam pameran itu, turut ditunjukkan bagaimana hubungan maritim dunia Melayu mewujudkan avenue bagi penyebaran budaya dan inovasi artistik.
Pameran bersejarah itu diadakan dari 13 Disember tahun ini hingga 15 Jun 2025.