Ini kebebasan buat saya, anak-anak – Zahnita

Ini kebebasan buat saya, anak-anak – Zahnita

ZAHNITA WILSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bekas peragawati terkemuka tanah air, Zahnita Wilson tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Majistret di sini selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).

Ia diputuskan Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding hari ini.

IPO adalah peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.

Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan bagi pertuduhan mencederakan bekas pelakon tersebut.

Perintah mahkamah itu bagi menghentikan suami Zahnita yang didakwa menderanya daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa.
Zahnita ketika ditemui sebak dengan keputusan tersebut.

“Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak,” katanya yang mempunyai empat anak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Prosiding berkenaan turut dihadiri Abd. Zackery Ghouse yang diwakili peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman.

Peguam Zahnita, Datuk Zaharman Zainal Abidin berkata, pihaknya memohon IPO daripada mahkamah di bawah Seksyen 5, 6, dan 7 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Jelasnya, IPO itu bagi melindungi Zahnita daripada terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Menerusi IPO ini, suami Zahnita yang sudah pun didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 tidak boleh menghampiri mangsa dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan di media sosial tentang dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pelakon berkenaan menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya juga tmemaparkan bukti bahagian mata kirinya lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan antaranya dengan Abdul Zackery selepas dia membangkitkan persoalan sama ada suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya