Ibu tergamam lihat anak dihanyut ombak

Ibu tergamam lihat anak dihanyut ombak

MUHD .Naufal Arshad Muhd.Aiman Hafiz (kanan) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ibu kepada kanak-kanak yang lemas semasa mandi di Pantai Kandis di sini, semalam tergamam melihat anak lelakinya itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dihanyutkan ombak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Siti Nur Shahidah Muhammad, 33, sempat menghulurkan kayu, namun anaknya, Muhd. Naufal Arshad Muhd. Aiman Hafiz, 8, tidak dapat mencapainya kerana arus ombak ketika itu sangat deras.

Siti Nur Shahidah berkata, mereka bersama tiga lagi anaknya berusia antara empat tahun hingga 10 tahun dan dua anak jirannya ke pantai itu untuk bersiar-siar, kira-kira pukul 6.20 petang.

Katanya, meskipun hujan renyai-renyai, Muhd. Naufal bersama adik-beradik dan rakannya beria-ria mahu mandi di pantai tersebut.

“Kami semua mandi berhampiran kawasan benteng batu. Tiba-tiba, saya melihat Muhd. Naufal terjatuh dari benteng batu sebelum ditarik ombak.

“Saya mengambil sebatang kayu dan menghulurkan kepada Muhd. Naufal, namun dia tidak sempat mencapainya. Saya lihat dia terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa ombak,” katanya ketika ditemui di Pantai Kandis, semalam.

Siti Nur Shahidah memberitahu, dia terkilan apabila tidak sempat menyelamatkan anaknya itu dan tidak menyangka keterujaan Muhd. Naufal untuk ke pantai petang kelmarin merupakan petanda dia untuk pergi selamanya.

“Sebelum ke pantai, saya meminta Muhd. Naufal dan adik-beradiknya untuk menunaikan solat Asar. Saya lihat dia beria-ria untuk ke pantai selepas diajak oleh dua anak jiran,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mayat mangsa ditemukan di Pantai Pok, Pulau Kambing, 16 jam selepas kejadian itu berlaku.

Katanya, mayat mangsa ditemukan tujuh kilometer daripada lokasi dilaporkan lemas di Pantai Kandis pada pukul 11.15 pagi semalam.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk kampung memaklumkan mayat kanak-kanak itu ditemui sepupunya, Azmi Shairi Ismail@Hussim, 30-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya