Ibu remaja perempuan hilang harap mayat reput bukan anaknya - Utusan Malaysia

Ibu remaja perempuan hilang harap mayat reput bukan anaknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada kepada remaja perempuan berusia 15 tahun dikenali sebagai Yap Xin Yuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu di Kajang dekat sini berharap identiti mayat reput ditemukan di Banting, Selangor, Sabtu lalu bukan anaknya.

Bapa saudara mangsa dikenali sebagai Tee berkata, setakat ini pihak keluarga sedang menunggu keputusan keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada ibu mangsa.

“Ahad lalu, polis memaklumkan ada menemui satu mayat jadi ibu Xin Yuan telah menyerahkan sampel darah. Buat masa ini jantina atau identiti mayat itu belum dapat disahkan.

“Ibu Xin Yuan sedih namun dia harapkan itu (mayat) bukan anaknya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, pihak keluarga menyerahkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dekat sini dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mayat itu, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai adalah susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan remaja perempuan dikenali Yap Xin Yuan, 15, dilapor hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras sejak 19 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya