Ibu lima anak diuji masalah hati kronik

Ibu lima anak diuji masalah hati kronik

NORWAHIDA Abdul Ghani bersama suami, Ibrahim Zakaria menunjukkan surat pengesahan penyakit hati kronik yang dihidapi wanita itu di Kampung Kuala Kechau, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang wanita dari Kampung Kuala Kechau, di sini diuji dengan masalah kesihatan apabila disahkan mengalami masalah hati kronik sejak lima tahun lalu.

Norwahida Abdul Ghani, 40, juga bergelar orang kurang upaya (OKU) sejak 2010 kerana tangan kanannya tidak boleh dibengkok kesan daripada kecederaan akibat jatuh motosikal.

Berkongsi kisah penderitaan yang dihadapinya, Norwahida berkata, dia disahkan menghidap masalah hati ketika hamil anak bongsunya.

“Semasa saya membuat rutin pemeriksaan kehamilan, doktor di klinik melihat mata saya berwarna kuning sebelum merujuk saya kepada pakar di Hospital Kuala Lipis.

“Setelah pemeriksaan terperinci dibuat, saya disahkan menghidap masalah hati yang kronik. Waktu itu saya rungsing memikirkan anak dalam kandungan namun syukur kerana dia dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Kechau.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, sebelum ini dia bekerja sambilan sebagai tukang cuci di premis kerajaan sekitar daerah ini bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Namun katanya, sejak kebelakangan ini tahap kesihatannya semakin merosot menyebabkannya sukar keluar bekerja.

“Suami (Ibrahim Zakaria) bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa, ditambah empat dari lima anak masih bersekolah serta memerlukan perbelanjaan besar.

“Dengan pendapatan saya sebagai tukang cuci sebanyak RM50 sehari dapat juga menampung perbelanjaan keluarga namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya jarang keluar bekerja kerana mudah letih serta sukar bergerak,” katanya.

Norwahida berkata, walaupun dia menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun masih belum cukup untuk menampung kos rawatan dan perubatan.

Katanya, reda dengan ujian yang diberikan Allah SWT selain memohon jasa orang ramai untuk sama-sama berdoa agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Orang ramai yang mahu meng­hulurkan bantuan kepada keluarga Norwahida boleh berbuat demikian melalui akaun Agrobank 2006111000265370 atau menghubungi talian 0111988 7553. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya