Hari Krismas: Lebih dua juta kenderaan penuhi lebuh raya - Utusan Malaysia

Hari Krismas: Lebih dua juta kenderaan penuhi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebuhraya negara dijangka dipenuhi dengan lebih dua juta kenderaan pada setiap hari bersempena cuti perayaan Krismas dan hujung tahun.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, pihaknya menjangkakan lonjakan trafik sebanyak 14 peratus sehingga mencecah 2.12 juta kenderaan sehari berbanding 1.85 juta bermula 20 Disember ini hingga 2 Januari depan.

Sehubungan itu, katanya, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan jadual perjalanan secara digital sempena cuti perayaan tersebut dan cuti hujung tahun itu menerusi MyPLUS-TTA.

“Jadual perjalanan digiotal MyPLUS-TTA di dalam aplikasi PLUS ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan di samping membantu mengagihkan trafik bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

“Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kendaraan terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak dan kemungkinan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, PLUS berkata, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya (PUTRI), aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radi utama negara.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan bantuan kecemasan.

“Kami juga menasihati (pengguna lebuh raya) supaya menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps untuk merancang dan mendapatkan status trafik semasa pada musim perayaan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya