H : Duta Tuhan : Polis terima tujuh laporan polis 

Duta Tuhan : Polis terima tujuh laporan polis 

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini menerima tujuh laporan polis berkenaan penulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua laporan itu dibuat bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, baru-baru ini.

“Saya mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menerima laporan berhubung kes Hannah Yeoh.

“Sebanyak tujuh laporan polis telah diterima setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Menurutnya, laporan berkenaan masih dalam siasatan awal.

Terdahulu media melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara. 

Laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi dalam usaha mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan bukunya yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara. 

Terdahulu media melaporkan, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut membuat laporan polis berhubung penyebaran mesej dan video yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat untuk memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Menurutnya, laporan itu dibuat kerana menyifatkan video terbabit berniat jahat dan boleh menjejaskan proses rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan terhadap Musa berhubung kenyataan dibuat bekas Ketua Polis Negara itu pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.

Saman berkenaan yang difailkan pada 3 Julai 2020 mendakwa Musa dengan niat jahat membuat kenyataan tidak benar terhadap Yeoh pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya