MANILA: Sebuah gunung berapi meletus di tengah Filipina hari ini, mengeluarkan tiang abu besar ke udara, menyebabkan kerajaan mengarahkan pemindahan kampung berdekatan. Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina. “Letusan berlaku di lubang puncak Gunung Berapi Kanlaon pada 3.03 petang hari ini. “Semua unit kerajaan tempatan dinasihatkan untuk mengosongkan radius 6 kilometer dari puncak gunung berapi dan mesti bersedia untuk pemindahan tambahan jika aktiviti memerlukan,” kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan. Video dikongsikan penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya