KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Alumni 4B turun padang menyantuni mangsa yang terkesan dengan banjir di Kampung Pokka Kuala Nerang, hari ini.
Kunjungan tersebut diketuai Timbalan Dekan GSGSG UUM, Dr Kamarul Azman Khamis bersama Alumni 4B, Shukri Ahmad yang turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
Banjir yang melanda Kedah turut
menengelamkan berapa buah rumah di Padang Terap dan Kampung Pokka tersebut.
“Kita memberikan sumbangan wang tunai dan hamper yang diharap dapat meringkan sedikit sebanyak beban mangsa terlibat. Mangsa diharap tabah menghadapi ujian ini,” katanya.-UTUSAN