GSA FC terus unggul, kebangkitan bola Perlis - Utusan Malaysia

GSA FC terus unggul, kebangkitan bola Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail meraikan para pemain GSA FC dalam satu majlis bersempena perasmian ‘The Bola Story of Perlis’ Outdoor Sports Cafe di Kangar Jaya baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kelab bola sepak Guar Syed Alwi (GSA) FC dari negeri ini terus mencipta sensasi apabila muncul juara Liga A2 Amateur Al-Iksan Cup 2024 baru-baru ini.

GSA FC membawa pulang trofi kejuaraan bersama wang tunai bernilai RM50,000 dalam pertandingan yang merupakan edisi pertama Liga A2 di bawah penjenamaan baharu.

Liga tersebut merupakan liga divisyen 3 di dalam piramid Liga Bola Sepak Malaysia

Tahun lalu, kelab berkenaan juga cemerlang apabila muncul juara Liga Super Perlis (A3).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat meraikan para pemain dalam satu majlis bersempena perasmian ‘The Bola Story of Perlis’ Outdoor Sports Cafe di Kangar Jaya baru-baru ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh MYUS F&B (Perlis) Sdn. Bhd. yang turut menganugerahkan plak kecemerlangan kepada dua tokoh bola sepak tanah air iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan dan Allahyarham Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid iaitu bekas pengadil bola sepak bertaraf dunia berasal dari Perlis yang diterima oleh balu beliau, Wan Manirah Wan Mustaffa.

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja dalam Kejohanan Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 melalui skrin besar di kafe berkenaan.

Terdahulu, baginda berangkat mengetuai kayuhan MAIPs Peduli dan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Sarina Jamaludin,57, dari Kampung Bukit Kechil Utan Aji, Haton Ismail,71, di Kampung Tanjung Buloh dan Romlah Taib,91, di Kampung Tok Kersek.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya