Ferry Line sambut baik peluasan subsidi diesel

Ferry Line sambut baik peluasan subsidi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat pengendali perkhidmatan feri, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line) menyifatkan langkah kerajaan memperluas pemberian subsidi diesel kepada mereka berkuat kuasa 1 Januari depan sebagai memberi sinar baharu kepada pengusaha feri.

Pengurus Besar Ferry Line, Kapten Dr. Baharin Baharom, berkata, pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook disambut baik namun ada isu yang perlu dibincangkan bersama kementerian berkenaan.

“Kami akan membuat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan kementerian dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Anthony Loke mengumumkan pemberian subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang, termasuk perkhidmatan feri RORO di pulau utama negara mulai 1 Januari ini.

Subsidi berkenaan akan dinikmati pengusaha di laluan strategik perkhidmatan seperti Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Pinang.

Bagi pengusaha yang ditawarkan subsidi itu, tuntutan pertama boleh dikemukakan pada atau sebelum 20 Februari 2025.

Ferry Line sebelum ini mengumumkan untuk menaikkan tambang feri antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Januari, sebelum ia dibatalkan ekoran teguran Kementerian Pengangkutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya