Fahmi Reza diambil keterangan berkaitan karikatur, kenyataan pelantikan Tun Musa Aman - Utusan Malaysia

Fahmi Reza diambil keterangan berkaitan karikatur, kenyataan pelantikan Tun Musa Aman

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis merakam percakapan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza bagi membantu siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Proses tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas pada pukul 8.15 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kenyataan yang dimuat di Facebook itu, semalam.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Bukit Aman.

“Ia berkaitan karikatur serta kenyataan yang dipercayai dimuat naik untuk mengkritik, menghasut, cuba membangkitkan kebencian dan provokasi terhadap beliau (Musa) serta Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, karikatur serta kenyataan itu dilihat itu menyentuh sentiviti institusi Diraja selain berkait isu 3R (raja, kaum dan agama) serta mampu mengganggu keselamatan dan keharmonian negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya.

Media semalam melaporkan, Fahmi memuat naik kenyataan di aplikasi X mengatakan akan bertemu polis di Bukit Aman pada 8 pagi, hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya