Empat negeri diramal hujan berterusan dua hari - Utusan Malaysia

Empat negeri diramal hujan berterusan dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat negeri diramal dilanda hujan yang berterusan selama dua hari iaitu hingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca tersebut diramalkan melanda seluruh Kelantan dan Terengganu manakala Pahang membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak di Hulu Perak.

Menurutnya, keadaan cuaca sama juga diramal melanda di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga Ahad ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya di dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN