Duta Tuhan: Tujuh laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh

Duta Tuhan: Tujuh laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima sebanyak tujuh laporan berkenaan penulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua laporan itu dibuat bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, baru-baru ini.

“Saya mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sudah menerima laporan berhubung kes Hannah Yeoh.

“Sebanyak tujuh laporan polis telah diterima setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, laporan berkenaan masih dalam siasatan awal.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan

Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Ia ekoran keputusan Mah­kamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.

Saman berkenaan yang difailkan pada 3 Julai 2020 mendakwa Musa dengan niat jahat membuat kenyataan tidak benar terhadap Yeoh pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya