SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang juga cucu saudaranya berusia 10 tahun, Oktober lalu. Tertuduh seorang duda berusia 60 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun dengan cara memeluk dan meraba kanak-kanak tersebut di bahagian dada hingga kemaluan bagi tujuan seksual. Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 1.30 tengah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya