Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan

KEMALANGAN melibatkan Toyota Vios dan Proton Persona meragut dua nyawa di Jalan Mersing-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Dua maut  manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan dua buah kereta di Jalan Mersing-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penguasa Bomba Kanan II Zainuddin Ahmad berkata, kemalangan berlaku pada pukul 8.03 malam itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan Proton Persona. 

“Pemandu Toyota Vios yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam  dan dibawa ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan.

“Di dalam kereta Proton Persona pula terdapat dua penumpang yang cedera, iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan turut dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba. 

“Malangnya, dua penumpang Proton Persona, seorang lelaki warga emas dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pasukannya terdiri daripada 12 anggota turut bertindak membersihkan kesan kemalangan dan operasi tamat pada pukul 9.45 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya