Dua beradik jana RM30,000 sebulan jual cendawan

Dua beradik jana RM30,000 sebulan jual cendawan

AFIZAH Mat Sulaiman (kanan) dan Aisyah menunjukkan cendawan kukur yang ditanam di kebun mereka di Kampung Gong Penaga, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kesukaran mendapatkan pekerjaan mendorong dua beradik dari Kampung Gong Penaga, di sini mengusahakan pelbagai jenis cendawan dengan jualan mencecah RM30,000 sebulan.

Afizah Mat Sulaiman, 34, berkata, berbekalkan pengalaman menjalani latihan industri di sebuah ladang cendawan, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka itu mula menceburi bidang pertanian 10 tahun lalju.

“Saya mula mengusahakan cendawan tiram diikuti dengan cendawan kukur serta cendawan jeli hitam.

“Pada peringkat awal, saya mengusahakannya secara kecil-kecilan sebelum adik, Aisyah, 31, turut serta selepas dia berhenti kerja di Ladang Akuakultur Ternakan Udang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Gong Penaga, semalam.

Menurut Afizah, setiap bulan mereka mampu menuai kira-kira 60 kilogram cendawan kukur manakala cendawan tiram dan jeli hitam hanya dituai dua atau tiga kali setahun.

Katanya, mereka mampu mencapai jualan mencecah RM30,000 sebulan secara dalam talian dan borong.

“Cendawan mendapat permintaan yang tinggi terutama cendawan kukur yang mana sebelum ini hanya boleh diperoleh pada musim bah atau musim tengkujuh.

“ Tetapi ketika ini dengan penggunaan teknologi, cendawan liar itu telah diternak dan boleh didapati sepanjang tahun dan merupakan antara produk mendapat permintaan tinggi di pasaran,” katanya.

Katanya,, dengan pengalama Aisyah dalam bidang pembenihan, mereka menghasilkan bongkah cendawan dan dijual di seluruh negara.

“Pada peringkat awal, bongkah itu hanya kegunaan di kebun cendawan kami sahaja namun kini mampu menjual kira-kira 10,000 bongkah sebulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya